Selepas perang Perang Uthmaniyyah–Venice (1537–40)

Sebuah penyerahan atau "Capitulation" telah ditandatangani di antara Venice dan Empayar Uthmaniyah untuk menamatkan perang pada 2 Oktober 1540.

Semasa tempoh antara permulaan Perang Uthmaniyah–Venice Kedua pada tahun 1499 dan penamat perang ini pada tahun 1540, Empayar Uthmaniyah membuat kemaraan penting ke dalam daerah pedalamam Dalmatia – ia tidak menduduki kota-kota Venice, tetapi merampas wilayah pegangan Croatia-Kerajaan Beraja Hungary antara Skradin dan Karin, menghapuskan ia sebagai zon penampan antara wilayah Uthmaniyah dan Venice.[1] Keadaan ekonomi kota-kota Venice di Dalmatia, terkesan dengan pendudukan Turki di pedalaman dalam perang sebelumnya, pulih semula dan berkembang meskipun semasa perang.[2]